Salam perkenalan....untuk makluman semua, saya telah dilahirkan semasa musim sejuk di Jinhae, Korea Selatan. Salah satu acara tahunan yang amat meriah di Jinhae adalah Jinhae Cherry Blossom Festival. Festival ini diadakan setiap tahun, hanya selama 14 hari sepanjang musim bunga. Festival ini diadakan sempena meraikan bunga Cherry Blossom atau lebih dikenali sebagai Bunga Sakura yang mekar hanya selama 14 hari setiap tahun.
Banyak gerai-gerai makanan, pakaian, barang cenderamata dibuka sepanjang festival ini. Bunga Cherry Blossom ini ditanam di sepanjang sungai Jinhae dimana terdapat rel keretapi di situ. Pengunjung boleh mengambil gambar semasa keretapi tersebut lalu...